Javier Pastore
Javier Pastore

Javier Pastore

† Kemunculan (Gol).
Javier Matías Pastore (Sebutan Sepanyol: [xaˈβjeɾ maˈti.as pasˈtoɾe]; lahir 20 Jun 1989) merupakan seorang pemain bola sepak Argentina yang bermain di posisi pemain tengah menyerang untuk kelab Serie A, Roma dan pasukan kebangsaan Argentina.Pastore memulakan kerjayanya di kelab Talleres sebelum berpindah ke Huracán. Seterusnya, beliau berpindah ke Eropah untuk beraksi di kelab Serie A iaitu Palermo pada tahun 2009 dengan bayaran perpindahan sebanyak €4.7 juta. Pada tahun 2011, beliau menyertai kelab gergasi Perancis, Paris Saint-Germain dengan perpindahan yang menelan kos sebanyak €39.8 juta. Beliau telah merangkul beberapa kejuaraan domestik bersama kelab tersebut antaranya ialah lima gelaran Ligue 1. Pastore telah menyertai Roma pada tahun 2018 dengan bayaran perpindahan kira-kira €24.7 juta.Di peringkat antarabangsa, Pastore telah melakukan penampilan sulung untuk skuad senior pada tahun 2010 dan beliau telah tampil dalam 20 perlawanan untuk Argentina. Beliau telah mewakili pasukan Argentina ke kejohanan Piala Dunia 2010 dan tiga edisi Copa América.

Rujukan

WikiPedia: Javier Pastore http://www.afa.com.ar/4364/los-23-para-la-copa-ame... http://www.espnfc.com.au/club/paris-saint-germain/... http://www.asroma.com/en/news/2018/6/javier-pastor... http://kwese.espn.com/football/report?gameId=52279... http://de.fifa.com/worldcup/awards/bestyoungplayer... http://soccernet.espn.go.com/news/story/_/id/93847... http://soccernet.espn.go.com/players/stats?id=1028... http://www.goal.com/en/match/48771/palermo-vs-cata... http://www.goal.com/en/match/argentina-vs-uruguay/... http://www.javierpastore.com/